Tabung Kebahagiaan RM496 sebulan

Cara Simpan Duit

Biasanya bila suruh simpan duit… ada jer alasan kita tak cukuplah.. lupalah… takder tabunglah… ada jerlah alasannya..

Jom Cantikbbplus ajar camana nak berjaya simpan RM496 sebulan dan menjadi RM5,952 dalam masa setahun.  Mula-mula tu memang rasa terbeban sikit tapi lama2 dah jadi best bila makin lama tabung tu makin penuh.

Tabung Kebahagiaan ini kita simpan guna kaedah simpan harian mengikut haribulan, maksudnya setiap hari kita simpan.

Contohnya 1 hari bulan kita simpan RM1. Dua hari bulan RM2 dan seterusnya. Hari ini 9 Ogoskan. Jadi kita kena simpan RM9. Sudah simpan tick ✅ sudah simpan seperti gambar tu. Kalau gagal simpan, penaltikan diri bayar double pun boleh. Ikut suka. Kalau ikutkan 9 Ogos saja kalau kita da start dari 1hb haritu sebenarnya simpanan kita dah ada RM45.

Lagi seronok jika pasangan kita pun buat sama-sama, lawan siapa lagi hebat dapat simpan konsisten. Selain menambah duit tabung, kemesraan pun boleh bertambah.

Katakan bulan tu ada 31 hari, kita dapat simpan sebanyak RM496. RM496X2 orang=RM992. Pehh. Sebulan saja dah RM992. Alaaa… genapkan jerlah jadik RM1,000.. Nak letak RM1,000 terus macam banyak pulak rasanya kan.. cuba letak hari2 kurang sikit bebannya… Kalau buat secara konsisten, setahun boleh dapat RM12,000.

Nak guna untuk apa tabung ni, ikut suka janji kau bahagia… Guna untuk jalan-jalan, beli tiket kapal terbang ke, makan kat restoran berpusing ke, beli emas ke, sukatilah nak. Amatlah rugi sekiranya gaji naik setiap tahun, tapi simpanan untuk masa depan langsung tak ada. Langsung tak menyimpan setiap bulan.  Bila dah terbiasa tabiat menyimpan, barulah nak membazir pun rasa rugi.
Jom kita mula menyimpan dengan Tabung Kebahagiaan.

Leave a reply

Your email address will not be published. Required fields are marked *